Karnival Kembara Kerjaya 2019

Karnival Kembara Kerjaya 2019

Harbour Mall Sandakan berbesar hati untuk menerima Jabatan Tenaga Kerja Sabah dalam mengadakan Karnival Kembara Kerjaya untuk tahun 2019. Program yang bergerak dari 5 kawasan bermula daripada 25 Mac sehingga 30 Mac, telah memilih Harbour Mall Sandakan sebagai perhentian terakhir pada tahun ini.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang ini bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan daripada 20 majikan yang menyertai program ini. Program ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato Mahfuz Bin Hj. Omar.