Karnival Kewangan Sandakan Bank Negara Malaysia

Karnival Kewangan Sandakan Bank Negara Malaysia

Jom tingkatkan skill pengurusan kewangan anda bersama Karnival Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Harbour Mall Sandakan bermula 12 Oktober – 13 Oktober dari jam 10 Pagi hingga 9 malam.

Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang 2 hari tersebut yang diantaranya:

  • Khidmat nasihat kewangan daripada 31 penyedia perkhidmatan dan agensi kerajaan yang terlibat
  • Forum & Peluang Pekerjaan
  • Forum Usahawan & Keselamatan
  • Pameran & Sudut kanak-kanak
  • Pertandingan karaoke juga rebut hadiah peraduan istimewa

Maklumat lanjut berkenaan setiap aktiviti boleh didapati diposter yang tertera dibawah atau hubungi Pejabat BNM KK di  088 522 310.

Bah, ramai – ramai kita datang serbu Harbour Mall Sandakan hujung minggu ini. Jumpa kamurang semua di sana!