Stesen Derma Raya (13 Mei – 26 Jun 2019)

Stesen Derma Raya (13 Mei – 26 Jun 2019)

Dalam usaha untuk membantu golongan yang memerlukan, Harbour Mall Sandakan telah membuka Stesen Derma Raya yang terletak di Kaunter Informasi, Tingkat Bawah, Harbour Mall Sandakan. Stesen ini sedang beroperasi sehingga 26 Jun 2019 dan kami menerima barangan makanan penting seperti:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Gula
  • Tepung
  • Biskut
  • Mee kuning
  • Mee segera
  • Makanan tin
  • Roti
  • Teh, Kopi atau Kordial

Hantarkan barangan derma anda ke Kaunter Informasi ataupun beli semasa anda berada di dalam mall dan letakkan terus di stesen yang telah disediakan.

Sumbangan ikhlas anda bakal di salurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan bersempena sambutan Hari Raya Aidilftiri yang bakal menjelang nanti.

Segala sumbangan anda amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.